
“Kak Laila, saya dah terjemahkan cerita kamu dalam bahasa Mandarin” kata Chen,seorang wartawan Merdeka Review. Beliau yang sering diusik “seperti kembar saya’ tidak pernah jemu memberi liputan dalam apa saja aktiviti kempen anti-ISA.
Norlaila ialah isteri kepada tahanan ISA, Mat Shah Mohd Satray yang paling lama masih di Kamunting, serta seorang penggiat Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Blognya berjudul ‘Merah Hitam’.