‘Tak pernah di zaman Mahathir’: Kartunis ditekan jentera negara

Walaupun Perdana Menteri Najib Abdul Razak menjanjikan media yang bebas ketika mengambil alih tampuk pimpinan, namun buat kali pertama kartunis tempatan berdepan dengan tekanan dari jentera negara melalui institusi penguatkuasaan, selepas 100 hari pentadbirannya.

Kartunis yang paling sinikal terhadap Mahathir Mohamad, Zunar mengaku bahawa insiden sedemikian tidak pernah berlaku walaupun dalam zaman pemerintahan bekas PM itu sendiri.  Zunar secara individu menghadapi tekanan politik apabila mencetus kontroversi dengan kartun “SAR”-nya, yang memaparkan watak Mahathir berupa khinzir.

Menarik perhatian antarabangsa

Zunar, atau nama asalnya Zulkiflee Anwar Haque juga bersetuju bahawa serbuan pegawai Kementerian Dalam Negeri pada 25 Ogos di pejabatnya dan kilang pencetak pada hari keesokannya, merupakan “satu langkah ke belakang” dalam usaha membuka ruang kebebasan bersuara.

Pandangan ini sememangnya berasas, apabila serbuan KDN tersebut menarik perhatian antarabangsa, sehingga laman web kartun terkemuka di dunia, Daryl Cagle  memberi liputan kepadanya.  Malah, Zunar kemungkinan menjadi kartunis pertama yang berdepan dengan hukuman penjara dan denda, jikalau dituduh di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Selanjutnya …

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10310

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *