Sept 15: Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman bersama empat lagi tahanan akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.
Sementara itu, sebagai reaksi segera, Norlaila yang terkejut dengan pembebasan Mat Sah tetap menyatakan kesyukurannya.
“Syukur kepada Allah dan (saya) nak berkongsi rasa gembira ini dengan semua rakyat Malaysia yang selama ini menyokong perjuangan saya dan GMI,” katanya kepada Malaysiakini melalui mesej SMS.
Beliau yang kini berada di Sabah tidak dimaklumkan lebih awal tentang permbebasan suaminya itu. — Cekupan Malaysiakini
______________________________________________
Kami dalam proses memulakan hidup baru…
Oleh Norlaila Othman
Sebaik saja tiba di KLIA dari Sandakan malam tadi, saya terus bergegas ke Kg Pandan untuk menjemput Abah pulang ke rumah. Sebaik saja tiba di ruang tamu rumah yang telah ditinggalkan lebih 7 tahun, beliau terus sujud syukur. Saya dan Suhaib memerhatikan dengan perasaan penuh syahdu…. Suhaib kelihatan amat gembira. Kedua-dua beranak berpelukan untuk beberapa ketika.
Bagi saya sendiri, memang ada perasaan janggal dengan pembebasan ini. Selama lebih 7 tahun tiada lelaki menamakan dirinya ‘Husband’ dalam di hidup saya …
Untuk terus membaca, sila ke blog Norlaila berjudul ‘Merah Hitam’.
Pesanan buat Kak Laila
(terjemahan daripada Bahasa Inggeris oleh CPI)
Salam Laila,
Saya amat memahami kecelaruan yang sedang dihadapi Mat, dan mungkin dia kini kurang tumpuan dan masih belum dapat menyesuaikan diri lagi dengan kehidupan biasa.
Selama 7 tahun dia telah diarah bilanya masa makan, bilanya masa tidur, serta terperuk di dalam bilik kurungan mungkin keseorangan.
Biarlah dia rehat dulu dan berikan dia ruang untuk mencari hala-tuju.
Ambil cuti untuk melapangkan hati.
Moga-moga suami puan akan pulih seperti sediakala.
Laila pula harus keluarkan diri dari kegiatan-kegiatan GMI buat sementara waktu.
Nanti boleh Laila galakkan Mat menyertai GMI serta juga mendaftar sebagai ahli PAS ataupun PKR. Mungkin dia sanggup berkongsi pengalamannya melalui ceramah atau taklimat kepada umum.
Anda berdua boleh bergandingan bahu berjuang demi mengkuburkan ISA.
Saya ucapkan selamat maju jaya sentiasa. — Komen seorang pembaca blog Laila yang ‘Anonymous’.
Dear Laila,
I understand Mats situation and feelings of discomfort and orientation.
For 7 miserable years he acted like a robot, ordered when to eat, what to think ,when to sleep and just plain empty space surrounded him.
Take it one day at a time,let him reorientate himself .
Go for a holiday and have some privacy.
He will be back to normal.
Take a very short break from your GMI activities .
Dont forget to make him a member of GMI and PAS/PKR.
He can do the ceramah circuit.
Now you can do things together and fight to ABOLISH ISA.
ALL THE BEST ALWAYS.SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
To YOU,MAT AND SHUIB.
GOD BLESS YOUR FAMILY.– ‘Anonymous”