Nota-nota dari seminar khas PAS / Notes on PAS special seminar

 

(Translated into English by CPI)

see English version below

Berikut antara ringkasan isu-isu yang dikemukakan di dalam seminar khas PAS yang diadakan pada 7 November. Setiap satunya diikuti oleh ulasan/komen saya.

A. Keputusan satu tinjauan (‘survey’) yang dilakukan di seluruh negara di kalangan lebih 2,000 responden diumumkan di seminar ini. Mengikut tinjauan ini, kedudukan (‘ranking’) pemimpin yang paling popular di dalam PAS ialah:

1. Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am)

2. Hj. Hadi Awang (Presiden)

3. Nizar Jamaluddin (Bekas Menteri Besar Perak)

4. Mohamad Sabu

5. Azizan Razak (Menteri Besar Kedah)

YB Nik Aziz Nik Mat mengekalkan ‘kepercayaan politik dan persepsi positif mayarakat awam terhadapnya’ manakala YB Hj. Hadi Awang gagal dalam ukuran ini.

Komen: Kedudukan nombor 3 Nizar Jamaluddin adalah satu keputusan yang menarik. Ini kerana memandangkan Nik Aziz Nik Mat sudah tua dan Hj. Hadi Awang dilihat sebagai pemimpin yang kurang berkaliber, Nizar Jamaluddin merupakan pemimpin daripada lapisan baru yang paling sesuai untuk menjadi antara pemimpin-pemimpin yang utama di dalam parti PAS. Ini perkembangan yang baik kerana beliau berprinsip, berkebolehan dan mudah berkerjasama dengan efektif dengan pemimpin dari pelbagai kaum. Beliau juga mendapat sokongan kuat daripada segenap lapisan masyarakat tidak kira bangsa.

B. Menurut tinjauan, imej parti PAS didapati telah jatuh semenjak PRU-12.

1. Responden berumur 21-30 tahun: 633 hilang kepercayaan pada pucuk pimpinan, manakala 67 saja yang percaya pada pimpinan ini. Responden berumur 31-40 tahun: 519 kata hilang kepercayaan, 181 kata ada kepercayaan. Bagi responden berumur 41-50 tahun: 751 kata hilang kepercayaan, 396 kata ada kepercayaan.

2. Apabila disoal mengenai kepimpinan Abdul Hadi Awang, di dalam responden berumur 21-30 tahun, sejumlah 493 tidak sokong kepimpinannya manakala 207 kata sokong. Bagi responden berumur 31-40 tahun, 539 tidak sokong dan 161 kata sokong. Di kalangan responden yang berumur 41-50 tahun: 383 tidak menyokong tapi 317 menyokong.

Komen: Warga muda tidak kira bangsa akan menjadi satu blok pengundi yang penting dalam pilihanraya umum yang akan datang dan kelihatan bahawa mereka mahukan rombakan dalam pucuk pimpinan PAS. Mereka tidak berapa menyokong pimpinan Hj. Hadi Awang.

C. Dr Abdul Aziz Bari berkata: “Soal label pro-Umno, masuk Umno (yang dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan), ada atau tidak, tuan kena cari sendiri. Kalau tahu Umno cukup jijik pada PAS, yang pergi dekat, buat apa?” Beliau juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa perlu ada “korban” dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanan dalam PAS – jika mampu, termasuk Abdul Hadi – bagi menyelesaikan konflik dalaman parti Islam itu. Tambahan, beliau berpendapat PAS tidak boleh menjadi parti alternatif kepada parti-parti di dalam BN jika PAS tidak boleh menerima Perlembagaan Persekutuan yang mengenali hak bukan Muslim.

Dr Abdul Aziz Bari yang dilihat rapat dengan pihak pembangkang dituduh oleh beberapa peserta seminar sebagai “ajen UMNO” dan mereka “menuntut Dr Abdul Aziz Bari memohon maaf kerana didakwa merendah-rendahkan seorang Ulama Islam”, iaitu Hj. Hadi Awang. Tetapi Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad menegaskan bahawa para ulama tidak bebas dari kritikan dan mengingatkan para hadirin bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pun pernah dikritik dan menerima dan terbuka kepada kritikan.

Komen: Sekiranya parti PAS ingin benar-benar menjadi sebuah parti yang boleh dipercayai, mampu mereformasi dan mampu mentadbir Malaysia di tahap nasional, maka PAS harus memastikan para pemimpinnya tidak angkuh tetapi merendah diri dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh untuk rakyat. Mereka harus bersedia menerima kritikan, membetulkan diri atau mengundur diri sekiranya tidak dapat bertugas dengan efektif. PAS juga harus menyelaraskan matlamat parti dengan Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelasnya berbentuk sekular. Perkara ini diakui dan diiktiraf oleh pemimpin Melayu veteran Tengku Razaleigh dan sebab-sebab mengapa Perlembagaan kita ini ialah sekular dihuraikan oleh Art Harun dari perspektif perundangan.

D. Presiden PAS Hj. Hadi Awang menyatakan dalam ucapannya bahawa PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat kerana PAS telah “memperoleh banyak kelebihan menerusi gandingan PR [Pakatan Rakyat] berbanding hanya berjuang bersendirian sebelum ini”. Beliau mengulas bahawa “hubungan parti-parti dalam Pakatan bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini.”

Komen: PAS harus bersama dengan Pakatan Rakyat bukan semata-mata kerana memperolehi kelebihan tapi lebih dari itu atas prinsip menegakkan keadilan dan membetulkan salahlaku.

E. Soalan siapa yang lebih berkuasa di dalam PAS, Presiden atau Mursyidul Am, juga ditanya. Peranan mereka dilihat kurang jelas dan situasi di mana “kapal yang bernakhoda dua” dibimbangi oleh ahli PAS. Keterangan juga di minta mengenai pendirian PAS dalam membentuk sebuah “negara Islam”.

Komen: Soal siapa yang lebih berkuasa dari siapa dalam aspek parti yang mana harus diperhalusi. Isu pembentukan “negara Islam” harus dijadikan isu perbincangan di dalam konvenyen Pakatan Rakyat yang bakal diadakan pada bulan Disember bersama dengan isu kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang sekular.

F. Lima resolusi daripada seminar ini ialah:

– PAS harus memperkukuhkan kerjasamanya dalam PR dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang;

– PAS harus lebih agresif dalam menjadikan kelab penyokong lebih aktif di kawasan-kawasan pengundi majoriti bukan Islam;

– Kepimpinan PAS harus memperkukuhkan pendiriannya berdasarkan penyelidikan dan memastikan ia mendampingi akar umbi;

– Perlu menetapkan KPI yang jelas bagi sayap Pemuda dan Wanita bagi menarik pengundi-pengundi muda; dan

– Mahu parti melancarkan kempen PAS Untuk Semua di peringkat nasional.

Komen: PAS juga harus meninjau kembali polisi parti berkaitan Islam dan kenegaraan sekiranya PAS benar-benar ingin menjadi satu pelantaran yang sesuai untuk mewakili dan memperjuangkan kebajikan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia. Tambahan, harus kita ingat bahawa resolusi seminar bukannya mengikat (“binding”) seperti resolusi muktamar.

__________________________________________

Translation

Several issues were brought up at the PAS special seminar held on Nov 7. I’ve summarized them in point form, with my own accompanying commentary [in italics].

A. The results of a nationwide survey of more than 2,000 respondents were announced at this seminar. According to the survey, the popularity ‘ranking’ of PAS leaders is as follows:

1. Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am)
2. Hj. Hadi Awang (President)
3. Nizar Jamaluddin (ex-Menteri Besar Perak)

4. Mohamad Sabu
5. Azizan Razak (Menteri Besar Kedah)

YB Nik Aziz Nik Mat has retained the ‘political trust and the positive perception of society’ whereas YB Hj. Hadi Awang has failed in this respect.

Comment: Nizar Jamaluddin as third most popular is an interesting revelation. Considering Nik Aziz Nik Mat’s advanced years and Hj. Hadi Awang being viewed as a leader lacking in calibre, Nizar is the most suitable second echelon in PAS to be given national prominence. This is a good development because he is principled, capable and can work effectively and with ease with leaders of other races. He also garners strong support across ethnic lines.

B. According to the survey, PAS’s image was found to have deteriorated since the last general election.

1. Respondents aged 21-30 years old: 633 have lost their trust in the top leadership, while only 67 still have faith in them. Respondents aged 31-40 years old: 519 say ‘no faith’, 181 say ‘still have faith’. For those aged 41-50 years old: 751 say ‘no faith’, 396 say ‘still have faith’.

2. When asked about Hadi Awang’s leadership, a total of 493 respondents in the 21-30 age group said they did not support him whereas 207 said they did. For respondents aged 31-40 years, it was found 539 did not while 161 supported him. Among respondents aged 41-50 years,: 383 did not support Hadi but 317 did.

Comment: Young citizens who are colour blind will become an important voting bloc in the next general election appear to want to see a revamp in the top leadership. They are not keen on Hj. Hadi Awang.

C. Dr Abdul Aziz Bari said: “Regarding the pro-Umno label, joining Umno (which is related to the unity government issue), whether a yes or a no, it is something the good sirs need to resolve yourself. If you know that Umno is repugnant to PAS, then why do some [PAS members] want to have any truck with them???? He also elaborated on his previous comment that there needs to be a ‘culling’ of a few senior leaders in PAS – if tenable, including Abdul Hadi – to resolve the party’s internal conflict. Futhermore, Dr Aziz believes PAS cannot be an alternative party to the parties presently in the BN if PAS is unable to accept the Federal Constitution that recognizes the rights of the non-Muslims.

Dr Aziz who is usually seen as leaning to the Opposition is yet held by some seminar participants to be an “Umno agent???. They “demanded Dr Abdul Aziz Bari must issue an apology for allegedly denigrating an ulama??? i.e. Hj. Hadi Awang. However, Shah Alam Member of Parliament YB Khalid Samad stressed that the ulama should not be considered immune from criticism and reminded the seminar participants that even Nabi Muhammad S.A.W. did not escape censure and took it in good spirit, being one open to criticism.

Comment: If PAS really desires to become a party to be trusted, and one that is capable of reform and governing Malaysia at the national level, PAS should ensure that its leaders are not arrogant but humbly strive to be of service to rakyat. In this regard, they should be prepared to take criticism, endeavour to correct themselves, failing which, to withdraw if they cannot function effectively. PAS should calibrate its [Islamic state] objective with the Federal Constitution that is clearly secular in nature. This fact is recognized and acknowledged by the veteran Malay leader Tengku Razaleigh, and the reasons why our Constitution is deemed secular has also been explicated by Art Harun from the legal perspective.

D. PAS president Hj. Hadi Awang said in his speech that PAS will remain in Pakatan Rakyat because PAS has “gained many advantages through its partnership in the PR coalition compared to battling alone previously???. He commented that “the relationship between the parties in Pakatan is derived from their shared platform to combat injustice, deviations, corruption and other forms of tyranny that are happening in this country.???

Comment: PAS should remain with Pakatan Rakyat more for the reason of upholding the principles of restoring justice and addressing wrongdoings than for just making electoral gains from the co-operation.

E. The question of who has more influence in PAS, the president or Mursyidul Am, was also asked. The roles are not precisely delineated and the situation is one where PAS supporters fear having a “ship with two captains steering in different directions???. An explanation was also sought regarding PAS’s stand on forming an ‘Islamic state’.

Comment: The question of which office holder is more influential in the party and in which aspects of the party’s workings is a nuanced matter that has to be further clarified. The issue of the formation of an ‘Islamic state’ should be brought up at the Pakatan Rakyat convention scheduled to be held in December along with the secular interpretation of the Federal Constitution.


F. The five resolutions adopted at the seminar were:

  • PAS should strengthen its collaboration in PR and prepare to face the next general election;
  • PAS should be more aggressive in the activities of its supporters club in the areas when the majority of voters are non-Muslim
  • The PAS leadership should consolidate its stand based on research and make sure it is responsive to the grassroots;
  • Needs to set concise KPIs for its Youth and Muslimat wings to attract young voters; and
  • Launch the ‘PAS for All’ campaign at national level.

Comment: PAS should also review its party policy on Islam and statehood if PAS truly wants to become a suitable platform to protect and advance the welfare of the multi-ethnic and multi-religious society in Malaysia. We should also bear in mind that the resolutions taken at the seminar are not binding, unlike the ones of the muktamar.

 

Pak Sako’s other writings can be read at his blog ‘Suara Keramat Pak Sako’.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *