Salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)[i] di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP)[ii] yang diumumkan baru-baru ini adalah NKRA “Mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah???. Dengan aspirasi “tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan???[iii] Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan menerajui NKRA tersebut berkata: “Taraf kehidupan rakyat Malaysia bertambah baik … Continue reading Betulkah tiada rakyat yang ketinggalan?
Category: Jayanath Appudurai
Janganlah MEB sekadar nama baru bagi DEB
Kerajaan sedang merumuskan satu Model Ekonomi Baru [MEB] untuk mengangkat negara kepada sebuah ekonomi pendapatan tinggi menjelang 2020. MEB jangka akan diumumkan pada bulan Februari 2010. Pada masa kini, Malaysia diklasifikasikan sebagai suatu ekonomi pendapatan sederhana teratas dengan pendapatan per kapita US$7,000. Malaysia berhasrat untuk membangunkan sebuah ekonomi berpendapatan tinggi dengan pendapatan per kapita… Continue reading Janganlah MEB sekadar nama baru bagi DEB
Konsep ras sudah lapuk ditelan zaman
Sejak kebelakangan ini, isu rasisme atau prasangka perkauman lebih kerap diungkitkan. Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dituduh bersifat‘racist’, isi kandungan kursus Biro Tata Negara dipertikaikan dan pengarang Utusan Malaysia Zaini Hassan telah menulis, “India tetap India … itulah budaya mereka. Kecoh, kecoh dan kecoh???, dan disusuli dengan kesimpulannya bahawa “Di Malaysia hanya orang India… Continue reading Konsep ras sudah lapuk ditelan zaman
Menangani kemiskinan bandar – satu paradigma baru
Ketika membentangkan Bajet 2010 pada Okt 23, 2009, Perdana Menteri menyatakan tekad kerajaan untuk mengurangkan tahap kemiskinan di kawasan bandar. Najib Razak berkata, “Landskap kehidupan semasa menyaksikan kadar urbanisasi berkembang pesat dengan 63 peratus daripada penduduk tinggal di bandar. Kita sedar bahawa kehidupan di bandar pada kala ini bukannya mudah.??? Adakah urbanisasi pesat serta… Continue reading Menangani kemiskinan bandar – satu paradigma baru
Rumusan dan syor bagi SPR
“We do not say that a man who takes no interest in politics is a man who minds his own business; we say he has no business here at all.??? [Pericles; c.495-429 BC] Mengundi adalah hak terpenting yang dimiliki oleh warga sebuah negara bebas. Contohnya, warga African-American hanya mendapat hak penuh sebagai pemilih pada… Continue reading Rumusan dan syor bagi SPR
Apa beza kamu mengundi? Banyak!
Pada pilihanraya umum ke-12 [PRU12] tahun lepas, 8,161,039 warga Malaysia telah keluar mengundi. Seramai 4,081,115 memberi sokongan kepada Barisan Nasional manakala 3,786,732 menyokong Pakatan Rakyat. Dalam kiraan mutlak, BN hanya melebih pihak pembangkang sebanyak 294,383 undi. Angka ini kurang pun berbanding dengan penduduk Shah Alam yang jumlahnya 314,440 orang mengikut bancian terdahulu. Namun, angka inilah… Continue reading Apa beza kamu mengundi? Banyak!
Menghayati ungkapan ‘Tanah tumpahnya darahku’
Agenda para politikus adalah untuk jangka masa pendek dan bukan untuk mencapai kestabilan dan kemajuan masyarakat untuk jangka masa panjang.Menjelang 52 tahun kemerdekaan, kini banyak kenyataan dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai semangat patriotisme. Apakah sebenarnya identiti dan semangat negara yang dimaksudkan? Pembinaan semangat dan identiti kenegaraan adalah satu proses sosialisasi yang berterusan dimana setiap… Continue reading Menghayati ungkapan ‘Tanah tumpahnya darahku’
Tragedi Teoh Beng Hock – ke mana perginya falsafah Rukunegara?
Banyak persoalan yang timbul ekoran tragedi yang menimpa Teoh Beng Hock dan keluarganya. Akan tetapi soal pokok yang perlu dijawab ialah, Bagaimanakah ianya boleh berlaku dalam satu masyarakat yang sepatutnya komited kepada mendukong Rukunegara? Rukunegara diisytiharkan pada Ogos 31, 1970 dengan penuh azam dan tekad bahawa kita akan berusaha bersama membina satu Bangsa dan Negara… Continue reading Tragedi Teoh Beng Hock – ke mana perginya falsafah Rukunegara?
Bapa miskin, anak ikut miskin
Apa sebenarnya yang ‘baru’ dalam Rancangan M’sia ke-10 (tahun 2011-2015)? Negara kita memerlukan satu model ekonomi baru, kata Nor Mohamed Yakcob, Menteri yang dipertanggungjawabkan dengan perancangan ekonomi. Beliau mengumumkan pada Mei 30 bahawa Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) akan menggunakan model ekonomi baru berasaskan “inovasi, kreativiti dan tambah nilai???. Beliau berkata lagi bahawa Malaysia perlu menganjak… Continue reading Bapa miskin, anak ikut miskin
1Malaysia dan warga miskin kelas ke-2
‘1Malaysia’ memang indah khabarnya. Akan tetapi, apakah rupa sebenar 1Malaysia yang dicanang-canangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak? Keikhlasan cogankata Najib mungkin boleh dipercayai apabila papantanda di tapak projek-projek prasarana yang mempamerkan ayat: ‘(Ini) Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional’ dialihbentuk kepada ‘Satu Lagi Projek Rakyat 1Malaysia‘. Najib telah menyeru supaya parti komponen Barisan Nasional (BN)… Continue reading 1Malaysia dan warga miskin kelas ke-2