Selamat Maju Jaya, Saiful!

Selamat Maju Jaya, Saiful!


Semalam saya ditegur oleh seorang teman lama, saudara Saiful Bukhari Azlan (kiri dalam gambar), mantan Timbalan Presiden (I) Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN sesi 2006/2007 di sebuah majlis ceramah di Subang Jaya.

Hampir setahun kami tidak berhubungan lantaran kesibukan merencana agenda masing-masing. Saiful, seperti yang saya kenali kelihatan cool, santai dan tenang. Kata beliau, saya semakin kurus. Teman saya ini barangkali sudah menemui apa yang diimpikannya selama ini. Mungkin gambar di atas mampu menceritakan segalanya. Di sebelah beliau ialah Khairil Annas Jusoh, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak.

Saya ucap tahniah buat Saiful. Cuma saya sedikit canggung kerana semalam saya terserempak dengan beliau bukan di majlis yang meraikan Najib Razak. Kami bertembung setelah selesai majlis ceramah Anwar Ibrahim, mantan Timbalan Perdana Menteri. Barangkali Saiful sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi pegawai khas kepada bakal Duta Besar Malaysia ke Mongolia!

Selamat maju jaya, Saiful!
Label: Diari, Pilihanraya, Politik

diriwayatkan oleh najwan halimi pada jam 2:34 AM 

27 Comments:
saiful bukhari said…
Terima Kasih saudara Najwan. Saya juga nak mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara.

Secara jujur, saya tidak menyimpan apa-apa dendam dengan saudara walaupun saya teruk diaibkan dan dimalukan oleh saudara melalui laman blog ini.

Saya mengaku bahawa saya banyak buat silap. Setahun saya hidup merana,terumbang-ambing dan hidup dalam keadaan tertekan. Saya bagaikan burung yang jatuh kepatahan sayap. Tidak mampu untuk bangun dan terbang kembali.

Tetapi saya anggap ini semua takdir Allah s.w.t. Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tentang hal ini. Saya redha dengan ketentuan ilahi.

Saya berpegang kepada Firman ini.. “Allah s.w.t tidak akan menguji seseorang umat itu jika dia tidak mampu untuk mengharunginya”

Allamdullilah, setelah setahun saya menderita akibat tindakan diri sendiri maka saya insaf, lalu Allah s.w.t telah memberi saya jalan dan kekuatan untuk teruskan hidup ini.

Jadi saudara Najwan, saya ingin memohon maaf jika selama ini saya telah menyingung hati atau buat salah kepada saudara.

Akhir sekali, jika tidak kerana saudara, saya tidak akan dapat kekuatan dan pengajaran sebegini rupa.

Terima kasih.

Februari 27, 2008 6:43 AM 
Saiful Bukhari said…
Satu lagi,

Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.

Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang(“setahun”)dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.

Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.

Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.

Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT(Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.

Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.

Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.

Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)

Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P

Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.

Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.

Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.

Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.

Sekian,

Saifuk Bukhari.

p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui.

Februari 27, 2008 7:33 AM 

NOTE FROM CPI EDITOR: The item above has been copied from Malaysia-Today, and the first two Comments are also copied as they are attributed to have come from the Subject named in the news-breaking event now in the nation’s spotlight. — YL Chong, who also blogs at desiderata2000.blogspot.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *