Perutusan Bersama Masyarakat Madani Sempena Kemerdekaan

Pengajaran Tentang Erti Sebenar Kemerdekaan Berhubung Kes “Kepala Lembu???: Penentangan Terhadap Keganasan dan Kebencian.

Kami, organisasi masyarakat madani yang tertera di bawah berasa amat terkejut, sedih dan kecewa dengan “protes kepala lembu??? yang berlaku di Shah Alam pada hari Jumaat yang lalu, 28 Ogos 09, kerana menentang pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23 bandaraya tersebut. Perbuatan mengusung kepala lembu yang baru di sembelih, seekor haiwan yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu, serta ancaman tersirat pertumpahan darah disebalik perbuatan tersebut di saat hampir menjelang sambutan Kemerdekaan menuntut setiap rakyat Malaysia untuk memikirkan semula tentang erti dan nilai sebenar 52 tahun kemerdekaan serta seruan terhadap konsep Satu Malaysia.

Pertama sekali, perbuatan keji yang telah dilakukan oleh beberapa individu yang tidak bertanggung-jawab TIDAK HARUS sama sekali dilihat sebagai pertembungan diantara dua agama atau dua komuniti agama. Setiap kepercayaan dan agama, termasuklah Islam dan Hindu, menjunjung tinggi nilai kedamaian dan  martabat kemanusiaan sebagai nilai-nilai asas lagi berunsur sejagat.  Nilai keagamaan dan cinta akan kemanusiaan mewajibkan kita untuk meneruskan perjuangan mencari kedamaian serta melahirkan bantahan dan tentangan kita terhadap segala bentuk kebencian dan perantakan.

Insiden yang berlaku di Shah Alam membuktikan bahawa perlakuan ganas dan ancaman kebencian masih belum mampu ditangani  di dalam masyarakat kita. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dalam usaha bersama kami bagi menolak segala bentuk keganasan dan kebencian demi menghalang sebarang individu mahupun kumpulan yang memilih sikap intimidasi ataupun provokatif apabila berhadapan dengan permasalahan perancangan bandar ataupun apa-apa bentuk pertelingkahan yang sedemikian rupa.

Kami, seperti yang tertera di bawah, setelah mengambil kira perkara-perkara yang tertera di atas, dengan ini:

   1. MENDESAK supaya segala bentuk pertelingkahan di dalam sesebuah masyarakat haruslah ditangani secara aman seperti demonstrasi secara aman, dialog secara rasional, perbincangan secara menyeluruh dan proses tindakan guaman menurut saluran perundangan. Cadangan oleh pihak kerajaan Negeri Selangor untuk menganjurkan perjumpaan Dewan Bandaraya demi memudahkan komunikasi dan perbincangan dengan kesemua pihak yang terbabit amatlah kami sanjungi.

 
 

   2. MENGUTUK dengan sekeras-kerasnya segala bentuk perbuatan yang bersifat menghina atau mengugut mana-mana komuniti bangsa ataupun agama sepertimana yang berlaku di dalam hal ini berkaitan perbuatan mempamerkan kepala lembu yang sungguh tidak bertanggung-jawab dan di luar batas keagamaan. Di dalam insiden yang berlaku di Shah Alam, bukan sahaja masyarakat Hindu yang dimalukan, tetapi juga turut melibatkan seluruh masyarakat Malaysia – Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, agama-agama tradisi dan atheis. Kami kesemuanya berkongsi kesedihan dan kemurungan yang dialami oleh masyarakat Hindu di Shah Alam.

 

   3. MENDESAK kesemua badan agama, para pemimpin masyarakat dan parti-parti politik untuk mengutuk tindakan keji kumpulan yang bertanggung-jawab terhadap perbuatan mempamerkan “Kepala Lembu??? tersebut. Setiap fanatik bangsa dan agama haruslah dipinggirkan daripada masyarakat terutamanya oleh kumpulan bangsa dan agama yang kononnya di wakili oleh mereka sendiri. Parti-parti politik seharusnya mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang bertanggung-jawab menyemai perasaan kebencian. Dengan sedemikian, ia dapat menghalang mereka daripada mendapat pujian dan sanjungan ekoran tindakan lagak seperti “pejuang??? dan “penegak kebenaran???. Hukuman berdasarkan perundangan sahaja mungkin tidak memadai kerana ia mungkin menjadi modal mereka yang terlibat dengan menganggapnya sebagai “ganjaran syahid??? yang dijanjikan Tuhan.

 

   4. MENYOKONG penyiasatan secara menyeluruh terhadap mereka yang terlibat dengan protes “Kepala Lembu??? di atas perbuatan mengancam secara kekerasan komuniti Hindu dan Kerajaan Negeri Selangor yang telah dilantik secara sah. Ancaman keganasan atas sebab apa sekalipun tidak ada tempat di dalam sebuah masyarakat madani. Keganasan mesti dikutuk dan hanya akan dapat ditangani sekiranya masyarakat mempunyai sikap tanpa tolak ansur terhadap perbuatan tersebut dan setiap yang didapati bersalah dalam perkara ini dikenakan hukuman yang setimpal.

 

   5. MELAHIRKAN rasa kesal dan  hairan di atas kegagalan pihak polis menghalang para penunjuk perasaan daripada menyatakan ancaman pertumpahan darah.  Suatu penyiasatan yang bersifat berkecuali harus disegerakan untuk menyiasat kecuaian professional yang boleh mengakibatkan tercetusnya krisis antara ras dan agama. Insiden ini antara lain telah menunjukkan betapa penting dan segeranya keperluan kepada penubuhan Suruhanjaya Penyiasatan Aduan dan Salah-laku Polis (IPCMC).  Suruhanjaya ini merupakan suatu kemestian sekiranya pihak pentadbiran Najib benar-benar komited kepada keamanan di Malaysia.
 
 

    6. MENYERU kepada seluruh rakyat Malaysia supaya merasa peka dengan seruan kami untuk menentang segala bentuk keganasan dan kebencian dan berjuang ke arah penghapusannya dalam kehidupan kita semua. Biarlah hal ini menjadi pernyataan kita bersama sempena merayakan Hari Kemerdekaan kita. Marilah kita bersama-sama memupuk di dalam Negara Malaysia yang satu bahawa kita cintakan nilai-nilai keamanan, kewarasan, keadilan, kebebasan, kesamarataan dan kebersamaan bagi kesemua rakyat Malaysia.
      

Kami yang menandatangani perutusan ini:

         1. 1BLACKMalaysia Facebook Group
         2. All Women’s Action Society Malaysia (AWAM)
         3. Centre for Independent Journalism (CIJ)
         4. Centre for Policy Initiatives (CPI)
         5. Civil Rights Committee, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly
            Hall (CRC-KLSCAH)
         6. Civil Society Committee, LLG Cultural Development Centre (LLGCSC)
         7. Civil Society Initiative for Parliamentary Reform (CSI@Parliament)
         8. Coalition of Malaysian NGOs Against Persecution of Palestinians (COMPLETE)
         9. Coalition of Selangor Indian NGOs
        10. Consumer Association of Klang
        11. Council of Churches of Malaysia (CCM) Youth
        12. Council of Malaysia Indian Trustee
        13. Durham Malaysian Scholars (DMS)
        14. Friends in Conversation (FIC)
        15. Group of Concerned Citizens (GCC)
        16. Hartal MSM
        17. Hindu Youth Organization, Port Klang
        18. Human Development and Research Centre
        19. Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM)
        20. Islamic Renaissance Front (IRF)
        21. Joint Action Group for Violence Against Women (JAG)
        22. Justice for Beng Hock Facebook Group       
        23. Kelab Sukan Depot Port Klang
        24. Klang Vellarun Kalai Pannai
        25. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Universiti Kebangsaan Malaysia (KAMI UKM )
        26. Letchumi Pooja Dhana Manbran Klang
        27. Majlis Kelab Belia Tamil Selangor
        28. Malaysia Belia Hindu Negeri Selangor
        29. Malaysia Hindu Sangam Klang Council
        30. Malaysia Hindu Sangam Selangor State Council
        31. Malaysia Indian Youth Council Selangor
        32. Malaysia Youth and Student Democratic Movement (DEMA)
        33. Malaysian AIDS Council
        34. Malaysian Hindu Dharma Mamandram Selangor
        35. Malaysian Social Research Institute (MSRI)
        36. Muslim Professionals Forum (MPF)
        37. Nadaraikia Sangam Selangor
        38. Palestine Centre of Excellence (PACE)
        39. Pamban Swami Maha Teja Mandala Sabai
        40. People’s Parliament
        41. Persatuan Alumni PBTUSM (Lihua) Selangor dan Kuala Lumpur
        42. Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya (PBCUM)
        43. Persatuan Kebajikan Bharathana Selangor
        44. Persatuan Kebajikan Cahaya Wawasan Selangor
        45. Persatuan Kebajikan Devangar Malaysia
        46. Persatuan Kebajikan Nammakkal
        47. Persatuan Kebajikan Vanniar
        48. Persatuan Kemajuan Pendidikan Malaysia
        49. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
        50. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (Permas)
        51. Persatuan Pembaca Tamil Klang
        52. Persatuan Peniaga Little India Klang
        53. Persatuan Penyelidikan Astronomi Selangor
        54. Persatuan Prihatin Belia Malaysia
        55. Persatuan Sahabat Wanita, Selangor (PSWS)
        56. Persatuan Thiruvallavar
        57. Persatuan Wawasan India Selangor
        58. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
        59. Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian India Selangor
        60. Pertubuhan Kesedaran Hari Krishna Klang
        61. Pusat Komas
        62. Research for Social Advancement (REFSA)
        63. Selangor Indian Videographers Association
        64. Sisters In Islam (SIS)
        65. Sri Vadivelu Culture and Welfare Association Selangor
        66. Sri Vaishnava Paribalana Saba
        67. Suara Raykat Malaysia (SUARAM)
        68. The Divine Life Society Port Klang
        69. The Micah Mandate (TMM)
        70. Vishnu Periyaval Sabai
        71. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *