Mahathir sebaiknya meneliti latarbelakang sendiri

(terjemahan daripada Bahasa Inggeris)  

Saya amat terkejut membaca laporan ‘Ayahku pasti bangga’ diceritakan oleh Dr Mahathir Mohamad yang dipaparkan di New Straits Times pada Mac 21.

Dalam rencana itu, Mahathir telah berkata bapanya Mohamad Iskander “… berupa salah satu di kalangan segelintir orang Melayu yang melarikan diri dari rumah untuk bersekolah (Penang Free School).???  

Apakah bekas perdana menteri kita sudah nyanyuk sehingga beliau lupa akan nama sebenar bapanya sendiri? Bapa Mahathir ialah lelaki India berasal dari negeri Kerala di India selatan. Nama bapanya ialah Mohamad a/l Kutty. 

Kalau dari segi baka (genetic), Mahathir yang bapanya India dan ibu Melayu akan digolongkan sebagai keturunan India. Namun Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa sesiapa yang menganut agama Islam, mengamalkan budaya Melayu dan bertutur dalam bahasa Melayu akan dianggap sebagai Melayu.  

Oleh kerana itu, jika diikutkan Perlembagaan, bapa Mahathir boleh dikata Melayu. Tetapi pada hakikatnya dan mengikut resam dunia, beliau adalah orang India.  

Tetapi peliknya, Mahathir begitu segan sekali untuk mengakui warisan Indianya malah beliau mengistiharkan bapanya seorang Melayu walhal perkara ini tidak benar.

 
Bukan itu sahaja, dalam ucapannya di suatu perhimpunan anjuran badan Perkasa, beliau sampailah menyelar kaum bukan-Melayu yang menyamakan Dasar Ekonomi Baru dengan ‘apartheid’.
 

Dalam banyak ucapan-ucapan yang diberikannya, Mahathir telah bercakap dengan panjang lebar perihal hak-hak istimewa, sekaligus berpura-pura bahawa beliau juga bumiputera dan barang sesiapa yang bergelar ‘bumiputera’ boleh menikmati hak-hak istimewa dan kelebihan khusus untuk bumiputera buat selama-lamanya.  

Mahathir adalah apa yang kita disebut ‘mamak’ di Malaysia. Ramai di antara orang India yang masuk Islam demi mendapat manfaat daripada status bumiputera. Sesetengah mereka berlagak lebih Melayu daripada Melayu jati.  

Ramai juga mamak telah meraih keuntungan daripada status bumiputera dan telah berjaya menjadi menteri di bawah payung Umno. Tidak seperti kelompok ini, yang aslinya Melayu berjiwa halus dan penuh beradab.  

Saya telah duduk berjiran dengan orang Melayu di Kelantan selama 40 tahun dan mereka berhemah tinggi. Mereka tidak sewenang-wenangnya menyalahkan kaum bukan-Melayu atas segala permasalahan yang dihadapi. 

Dua orang budiman Kelantan yang perlu saya sebutkan nama mereka adalah Zaid Ibrahim dan Mustapha Mohamad, dan terdapat terlalu ramai lagi untuk dikira.  

Jika Mahathir berserta jenisnya masih terus hendak memanggil orang lain ‘pendatang’, maka beliau perlu mencerminkan diri dulu. Beliau mempunyai latarbelakang warisan India dan bapanya berasal dari Kerala.  

Mahathir tidak patut malu mengakui keturunan Indiannya. Mahathir harus mengumumkan dengan perasaan bangga kepada kalian bahawa beliau juga pendatang.  

Walaupun usianya sudah lanjut, Mahathir tidak bersikap macam warga emas yang menghargai zaman persaraan sebagai waktu untuk bersantai. Beliau lebih berminat dan cenderong menimbulkan kebencian dan menyemat dendam kesumat dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Mahathir harus sedar bahawa beliau sudah tidak lagi memegang tampuk kuasa atau mempunyai pengaruh di dalam parti Umno.  

Fakta ini ketara apabila beliau tidak memperolehi cukup undi pun di bahagian (Kubang Pasu) yang pernah dipimpinnya untuk dipilih sebagai wakil ke Perhimpunan Agung tahunan pada suatu masa dulu.

****************

Versi asal rencana ini “Mahathir should examine his own heritage??? diterbitkan pada 23 Mac, 2009 dalam Malaysiakini sebagai Surat kepada Pengarang.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *