Tajuk rencana itu sendiri — ‘I don’t know if I can really call myself a Malaysian’ — patut memberi peringatan kepada para pemimpin Malaysia tentang perasaan salah seorang rakyatnya yang berasa terpinggir. ‘Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengatakan saya orang Malaysia’ tersiar di laman berita The Nut Graph dalam wawancara sesawang portal… Continue reading Inginkah Sabah & S’wak membawa haluan sendiri?
Category: Azmi Anuar
Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 ‘tarikh keramat’
Tulisan pengarangnya Zaini Hassan di Utusan Malaysia (Nov 10) yang mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan satu hari peringatan membawa pelbagai reaksi. Perdana Menteri Najib Razak bagi pihak kerajaan telah menolak cadangan tersebut. Pada pandangannya, hari itu hanya perlu dijadikan satu peristiwa di dalam lipatan sejarah sebagai iktibar dan sempadan untuk kita supaya ia (peristiwa rusuhan… Continue reading Mengulas isu Utusan menyebut Mei 13 ‘tarikh keramat’
Hala tuju Umno kepada pengIslaman dan pengAraban
Surat dari seorang pembaca yang terbit di akhbar theSun (Nov 12, 2010), memberikan pandangannya tentang apa yang sedang berlaku dalam parti Umno pada masa ini dan mungkin merupakan tanggapan ramai yang lain juga berhubung perkembangan parti tersebut. Penulis surat menyatakan terdapat satu proses pengIslaman yang radikal dan pengAraban yang terserlah sedang mengubah rupa bentuk parti… Continue reading Hala tuju Umno kepada pengIslaman dan pengAraban
Kantin sekolah zon bebas daging khinzir?
Berita yang tersiar di Borneo Post, 5 November 2010, sekali lagi menimbulkan persoalan, dimanakah hak dan apakah sebenarnya yang dibolehkan untuk rakyat Malaysia yang bukan Islam.Kali ini seorang ibu mendakwa anaknya yang berumur 10 tahun dirotan 10 kali kerana membawa makanan yang tidak halal ke sekolah. Ibu itu pergi ke sekolah anaknya dan meminta… Continue reading Kantin sekolah zon bebas daging khinzir?
Semakin ramai Melayu di dunia mengikut takrif M’sia
“Henti persoal Melayu” kata Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak semasa menggulung perbahasan perhimpunan agung Umno. Hanya Umno yang serius pertahan hak Melayu, kata sebuah kumpulan NGO tentang ucapan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin di perhimpunan yang sama. Nampaknya parti pemerintah sahajalah yang boleh dipercayai dan diyakini untuk membimbing orang Melayu ke ambang kejayaan jika… Continue reading Semakin ramai Melayu di dunia mengikut takrif M’sia
Projek mega megah: Setakat kerangka besi saja
Nampaknya pemimpin Malaysia memang amat gemar cuba mendirikan yang tertinggi, terbesar, terpanjang dan projek-projek lain yang mempunyai awalan ‘ter’, mungkin jugakah merangkumi yang tersungkur, tercemar dan terbenam? Sejak cadangan membina menara setinggi 100 tingkat seperti yang diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Najib Razak di Parlimen Jumaat lalu, pelbagai reaksi kedengaran dari… Continue reading Projek mega megah: Setakat kerangka besi saja
Hari ini haram tapi esok tengoklah
Berita tentang pemerintah Indonesia hilang kuasa mengharamkan buku sewenang-wenangnya memang sesuatu yang menggembirakan. Yalah, tumpang gembira kerana di Malaysia, kartunis pun akan ditahan kerana kononnya kartun yang dihasilkan boleh menggugat ketenteraman awam. Kartunis Malaysiakini, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan pada Sept 24 di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang… Continue reading Hari ini haram tapi esok tengoklah
Janganlah anak menjadi mangsa perebutan hak menjaga
Setiap pasangan pengantin yang mendirikan rumah tangga sudah tentu tidak terlintas di benak mereka tentang kemungkinan tidak kekal bersama sehingga ke akhir hayat. Masakan itu yang timbul di sanubari mereka kerana saat itu merupakan langkah pertama menuju alam bahagia, mendirikan penghidupan yang baru, menempuh pelbagai dugaan bersama-sama. Itu kata kuncinya, bersama-sama. Tetapi seperti… Continue reading Janganlah anak menjadi mangsa perebutan hak menjaga
Islamophobia: Bereskan rumah sendiri dulu
Perdana Menteri Najib Razak mahu membantu Amerika Syarikat menangani Islamophobia supaya masyarakat di sana lebih memahami Islam dan menghapuskan persepsi negatif terhadap agama itu. Apabila direnungkan, mungkin matlamat pertama itu telahpun tercapai tanpa apa-apa bantuan dari pihak kerajaan Malaysia. Rakyat Amerika Syarikat boleh membaca dan melihat berita setiap hari bagaimana setengah-setengah penganut Islam di… Continue reading Islamophobia: Bereskan rumah sendiri dulu
Makan suap sudah dihalalkan?
Ucapan perdana menteri Najib Razak pada perasmian seminar serantau ‘Menjenayahkan Rasuah’ Inisiatif Pencegahan Rasuah Bagi Asia dan Pasifik, Bank Pembangunan Asia/Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi yang ke-10 di Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas mencetuskan ingatan tentang kempen Bersih, Cekap dan Amanah yang dilancarkan lebih 20 tahun dahulu. Apa yang nyata ialah kegagalan… Continue reading Makan suap sudah dihalalkan?