Perlunya lebih ramai calon-calon wanita dalam PRU

Tinjauan sebelum pengumuman calon-calon pilihan raya yang ke-13 pada 20 April 2013 tentang apa yang diingini oleh wanita merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian serius oleh semua calon yang bertanding jika mereka benar-benar prihatin terhadap permasalahan dan impian kebanyakan wanita. Beberapa isu dasar berhubungkait dengan wanita mesti diberi perhatian segera seperti: Meminda Perlembagaan Persekutuan bersabit… Continue reading Perlunya lebih ramai calon-calon wanita dalam PRU

Hanya 10 peratus kerusi parlimen Malaysia dipegang oleh wanita

 Rencana pengarang akhbar the New Straits Times tentang wanita di parlimen memperlihatkan bagaimana isu ini berkemungkinan akan terus menjadi satu topik hangat pada masa akan datang sehinggalah tiba satu masa nanti apabila bilangan wanita di arena politik benar-benar mencerminkan hakikat bahawa wanita mempunyai peranan yang besar di negara ini. Menurut rencana NST itu, walaupun kerajaan… Continue reading Hanya 10 peratus kerusi parlimen Malaysia dipegang oleh wanita

Published
Categorized as Azmi Anuar

Sampai bilakah bantuan jenama 1Malaysia akan diberi?

Rakyat Malaysia pasti berbangga apabila membaca laporan bahawa pendapatan isi rumah bulanan purata di Malaysia bertambah dari RM4,025 ke RM5,000 iaitu peningkatan sebanyak 7.2 peratus dari 2009 sehingga 2012. Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) 2012 juga menunjukkan bahawa kadar kemiskinan telah berkurangan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 1.7 peratus pada 2012 manakala isi… Continue reading Sampai bilakah bantuan jenama 1Malaysia akan diberi?

Published
Categorized as Azmi Anuar

Kedai kopi lama yang menjadi sebahagian daripada hidup kita

 Restoran Sin Seng Nam yang terletak di Medan Pasar, Kuala Lumpur telah ditutup pada 28 Feb 2013 setelah menjalankan perniagaan kopitiamnya selama lebih kurang 85 tahun yang lalu. Di antara hidangan yang popular di kedai kopi ini ialah roti bakar yang dibakar menggunakan kayu arang dan dimakan bersama kaya buatan sendiri, nasi ayam Hainan dan… Continue reading Kedai kopi lama yang menjadi sebahagian daripada hidup kita

Published
Categorized as Azmi Anuar

E-book kian menggantikan buku berbentuk fizikal

Usaha membudayakan tabiat membaca dalam masyarakat telah disemarakkan lagi baru-baru ini dengan program yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Novelis Ramlee Awang Murshid (RAMFC) sempena meraikan kelahiran novel ke-25 novelis berkenaan. Kelab tersebut telah menganjurkan sesiBaca@LRT bersama Ramlee Awang Murshid (RAM) pada 19 Januari 2013 yang bermula di Stesen LRT Gombak hingga ke hentian Taman Jaya. Lebih… Continue reading E-book kian menggantikan buku berbentuk fizikal

Published
Categorized as Azmi Anuar

Adakah kanak-kanak sengaja dibawa sebagai ‘benteng pertahanan’ di demo?

  Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari 2013 berlangsung tanpa apa-apa insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan itu. Pihak polis walau bagaimanapun menyatakan bahawa pihak penganjur telah melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini. Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad,… Continue reading Adakah kanak-kanak sengaja dibawa sebagai ‘benteng pertahanan’ di demo?

Published
Categorized as Azmi Anuar

Kes rogol tidak mengenal cara berpakaian, tempat mahupun rayuan

2012 berakhir dengan kesedihan apabila pelajar wanita India yang menjadi mangsa rogol berkumpulan dalam sebuah bas di New Delhi, meninggal dunia berikutan kegagalan fungsi organ dan kecederaan otak, selepas dirawat beberapa hari di sebuah hospital di Singapura.  Kematiannya telah mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran oleh orang ramai yang mahukan tindakan yang lebih tegas diambil ke atas penjenayah-penjenayah… Continue reading Kes rogol tidak mengenal cara berpakaian, tempat mahupun rayuan

Published
Categorized as Azmi Anuar

Tekanan mental kesan daripada gejala pembangunan pesat negara

Bulan Disember 2012 mencatat sejarah yang menyayat hati apabila dua peristiwa pembunuhan dan serangan ke atas kanak-kanak berlaku di dua buah negara yang terulung di dunia, iaitu Amerika Syarikat dan China. Kenapakah peristiwa ini terjadi? Peristiwa di Amerika Syarikat dikaitkan dengan betapa mudahnya seseorang memiliki senjata api. Hak ini seperti tidak boleh diperdebatkan oleh kerana… Continue reading Tekanan mental kesan daripada gejala pembangunan pesat negara

Published
Categorized as Azmi Anuar

Penjagaan bagi pesakit tahap kritikal

Perbualan bersama-sama seorang rakan yang telah menjalani pembedahan merawat penyakit kanser yang dikesan di kakinya pada tahun dahulu membawa kami merenung bagaimana nasib mereka yang mengalami keadaan yang serupa tetapi tidak berkemampuan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Dia sendiri telah diberitahu setelah menjalani pemeriksaan x-ray baru-baru ini bahawa sel kanser didapati telah merebak ke bahagian paru-parunya.… Continue reading Penjagaan bagi pesakit tahap kritikal

Published
Categorized as Azmi Anuar

Pencapaian UPSR 5A asas pembentukan warganegara berjaya, betulkah?

Memberi ruang kepada anak-anak menemui diri mereka sendiri, begitulah intipati sebuah rencana yang tersiar di akhbar New Straits Times baru-baru ini. Penulis rencana tersebut memberi pendapat sedemikian ekoran keputusan UPSR yang diumumkan pada 19 November 2012. Pada pandangannya ibu bapa cenderung menaruh harapan yang terlampau tinggi terhadap pencapaian anak-anak di sekolah. Malah banyak berita dan… Continue reading Pencapaian UPSR 5A asas pembentukan warganegara berjaya, betulkah?

Published
Categorized as Azmi Anuar