Demonstrasi anti-PPSMI pada Mac 7 berakhir dengan pertembungan dengan pihak polis yang menyebabkan meriam air dan bertalu-talu gas pemedih mata dilepaskan. Akhirnya atas desakan rakyat dan usaha berterusan rakyat, kerajaan tunduk dan membuat keputusan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Persoalan sekarang ialah pihak kerajaan khususnya Ketua Polis Negara… Continue reading Dulu kan polis mengertak perhimpunan ‘Mansuh PPSMI’?
Category: Faisal Mustaffa
Lagi takut Undang-undang DNA dari takut polis
DNA atau asid deoksiribonukleik adalah tandatangan genetik kita dan ia juga adalah milik kita secara hakiki. Namun, ianya tidak lagi dimiliki oleh kita lagi. Dengan pembentangan Rang Undang-undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 baru-baru ini, ianya boleh jadi milik polis. DNA mengandungi maklumat genetik. Para saintis menggunakan DNA untuk mengenalpasti seseorang individu itu, dan seterusnya… Continue reading Lagi takut Undang-undang DNA dari takut polis
Jawatankuasa Etika Hakim satu langkah untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman
Apabila mendapat tahu bahawa Dewan Rakyat akan mula membentangkan Rang Undang-undang Jawatankuasa Etika Hakim 2008*, aku tersenyum dan berasa musykil – adakah ianya benar-benar berlaku atau harimau tidak bertaring atau permainan politik parti pemerintah atau hanya retorik? Sekiranya penubuhan ini benar-benar dengan niat yang suci bagi reformasi sistem kehakiman negara, saya ingin mengucapkan tahniah kepada… Continue reading Jawatankuasa Etika Hakim satu langkah untuk mengembalikan keyakinan terhadap sistem kehakiman
1Malaysia dicelup dari Malaysian Malaysia?
Aku rasa bertuah menjadi di antara orang yang terawal membaca buku yang benar-benar mencatat pergerakan politik di era 70an – Time Bombs in Malaysia 30th Anniversary. Buku ini pada awalnya ditulis pada tahun 1978 oleh seorang ahli politik terkemuka sehingga kini, Lim Kit Siang. Jatuh bangunnya dalam dunia politik semuanya dinukilkan. Selepas 31 tahun,… Continue reading 1Malaysia dicelup dari Malaysian Malaysia?
Perjuangan Chin Peng dan PKM: Siapa yang buta sejarah?
Perjuangan Chin Peng dan PKM: Siapa yang buta sejarah? Ekoran permintaan Chin Peng untuk pulang ke tanahair, pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memburuk-burukkan komunisme Menteri Penerangan Rais Yatim secara tidak langsung menerapkan perasaan dendam waris-waris anggota keselamatan Malaysia dahulu. Umno telah menggerakkan seluruh media di bawah kongkongannya untuk menjalankan sandiwara mereka dan berselindung di balik isu… Continue reading Perjuangan Chin Peng dan PKM: Siapa yang buta sejarah?
Warna-warna Malaysia: Rakyat hilang hak berpakaian?
Sejak beberapa musim ini, rakyat sudah mula terkeliru dan rungsing mengenai pakaian yang mereka kenakan setiap hari. Mutakhir ini, warna pakaian yang dipakai pada satu-satu keadaan akan membawa kemudaratan sehingga boleh dibawa ke mahkamah dan bermalam di dalam lokap. Pakaian Hitam Pada Mei 5 lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melancarkan 1MalaysiaGelita [dalam Bahasa… Continue reading Warna-warna Malaysia: Rakyat hilang hak berpakaian?
Wahai Najib, bebaskanlah media!
Hari Kebebasan Media jatuh pada tanggal Mei 3 setiap tahun. Bersempena dengan pelantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri baru, kita mungkin tertanya-tanya apakah halatuju media di mata beliau. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia mempunyai Akta Percetakan dan Penerbitan yang menjadi kekangan kepada kebebasan media kerana pihak kerajaan mempunyai kuasa luas bagi menetapkan syarat-syarat penerbitan… Continue reading Wahai Najib, bebaskanlah media!
Betulkah Pindaan ISA Bawa Prinsip Liberal
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan sejak tahun 2003 supaya ISA dimansuhkan dan diganti dengan sebuah akta baru, Akta Anti-Terrorisme tetapi tidak pernah diteliti oleh kerajaan atau dibentangkan di Parlimen. Lain pula dengan pendirian Suruhanjaya Diraja Pembaikpulih Polis yang mana mencadangkan agar ISA dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Anti-Terorisme.
Potensi e-demokrasi dalam mendokong proses pilihan raya
Dengan kekakangan-kekangan dan kebobrokan media tradisional, kehausan informasi telah memaksa masyarakat sivil di Malaysia untuk menjadi kreatif dan mencari lapangan-lapangan baru agar perkongsian pendapat dapat berjalan. Seperti pengembara mendapat wadi, alam maya umpama emas permata. Mereka bisa menyatakan pendapat, mengkritik dasar-dasar bangang kerajaan, mendedahkan rahsia dan konflik parti politik dan sebagainya. Ada yang mengambil kesempatan… Continue reading Potensi e-demokrasi dalam mendokong proses pilihan raya