Saya mengakui bukanlah peminat bolasepak tegar sungguhpun sekitar hujung 90-an di mana saya sering ke Stadium Shah Alam menyaksikan perlawanan bolasepak pro*. Mungkin ulasan ini tidak melibatkan secara teknikal perlawanan bolasepak yang mengkhususkan kepada perlawanan akhir Liga Suzuki AFF 2010 baru-baru ini, terutama sekali di antara Malaysia-Indonesia tetapi secara politiknya kemenangan Malaysia yang sememangnya sudah… Continue reading Harimau Malaya: Ada apa dalam nama?
Category: Faisal Mustaffa
Prosedur tidak dipatuhi tatkala remaja ditembak mati polis
Saban hari kita seolah-olah menerima berita mengenai kes tembakan polis terhadap orang awam sehingga meragut nyawa. Modus operandi yang sama yakni, alasannya – bagi polis ‘menyelamatkan diri’ ataupun istilah Inggerisnya ‘in self defence’. Apabila dikaji mengenai satu-satu kes, mangsa yang ditembak mati rupanya remaja belasan tahun (contoh kes Aminulrasyid). Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah, seorang… Continue reading Prosedur tidak dipatuhi tatkala remaja ditembak mati polis
Utusan Enggan Patuhi Nasihat PM Abaikan WikiLeaks
Jika dahulu Parlimen Malaysia pernah kecoh tentang kebocoran syiling Dewan Rakyat dan kebocoran mulut seorang wakil rakyat berhubung satu kenyataan yang tidak manis, kini seluruh dunia kecoh dengan kebocoran yang didedahkan oleh WikiLeaks. WikiLeaks merupakan satu organisasi Internet yang mendedahkan maklumat rahsia, termasuk dokumen-dokumen kerajaan di seluruh dunia. i tanah air pula, dedahan WikiLeaks telah… Continue reading Utusan Enggan Patuhi Nasihat PM Abaikan WikiLeaks
Rentak perkembangan orang muda tidak lagi yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang
Malaysia sebuah negara yang unik di mana di atas nama demokrasi, masih mengamalkan undang-undang kuku besi. Pelbagai siri protes demonstrasi dan penghantaran memorandum dianjurkan oleh pelbagai pihak tetapi ianya diakhiri dengan penangkapan para demonstran, diberhentikan kerja, dikeluarkan dari universiti dan sebagainya. Pelbagai sekatan dibuat ke atas pelajar universiti. Mereka tidak dibenarkan berpolitik, didakwa hanya… Continue reading Rentak perkembangan orang muda tidak lagi yakin dengan kerajaan mahupun pembangkang
Syabas! Polis 1Malaysia menyambut pesta air orang Buddha juga
Pada Ahad lalu, berita melaporkan beribu-ribu orang berhimpun secara aman memprotes Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) atas kenaikan harga air. Perhimpunan tersebut yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur dileraikan dengan dua trak meriam air (water cannon) dan trak black maria dengan hampir seratus anggota dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU), anggota polis biasa, unit… Continue reading Syabas! Polis 1Malaysia menyambut pesta air orang Buddha juga
Bisakah SPRM mencontohi S’pura No.1 bersih rasuah?
(Dari kiri) Ketua pesuruhjaya SPRM Abu Kassim Mohamed, bekas pesuruhjaya ICAC Betrand de Speville, senator Tunku Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong di pelancaran buku ‘Overcoming corruption’. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah atau singkatannya BPR mula beroperasi pada Okt 1, 1967 sebagai sebuah… Continue reading Bisakah SPRM mencontohi S’pura No.1 bersih rasuah?
Bisakah SPRM ikut model ICAC Hong Kong?
Pengalaman bertemu sendiri dengan salah seorang bekas ahli Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) pada Nov 14 lepas sempat memberi aku sedikit sebanyak latar belakang suruhanjaya tersebut dan bagaimana ianya telah mengubah persepsi dunia mengenai rasuah di Hong Kong. Aku berkongsi pendapat bersama Betrand de Speville, individu yang bertanggungjawab menubuhkan ICAC sehingga Hong… Continue reading Bisakah SPRM ikut model ICAC Hong Kong?
Perbandingan pilihan raya di Myanmar dengan M’sia
Sungguhpun Aung San Suu Kyi sudah dibebaskan daripada kurungan rumah, banyak lagi reformasi politik perlu berlaku di Burma. Dalam ucapannya, Suu Kyi berkata beliau bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan jeneral junta tentera yang kini mentadbir kerajaan Myanmar. Nampaknya Suu Kyi lebih percaya kepada diskusi daripada revolusi. Dalam temuramahnya bersama BBC, Suu Kyi juga menyatakan… Continue reading Perbandingan pilihan raya di Myanmar dengan M’sia
Para isteri dipindahkan sebagai pengundi pos di Galas
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menunjukkan prestasi yang teruk dalam pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung di Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah baru-baru ini. Tidak satu pun laporan media ketika ditemuramah jentera parti yang bertanding, termasuk calon-calon, yang mengucapkan terima kasih kepada SPR atas tanggungjawab yang dilaksanakan. Adakah pihak media terlupa untuk melaporkan atau… Continue reading Para isteri dipindahkan sebagai pengundi pos di Galas
Syabas UKM tidak ambil tindakan terhadap pelajar di perhimpunan Umno
Perhimpunan agung Umno baru sahaja berlalu seminggu lalu dan seperti tahun-tahun lepas, perasmian perhimpunannya agak gah dan bersemangat Melayu. Aku agak bangga apabila dapat menjejak beberapa mahasiswa universiti tempatan khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang terlibat secara langsung di dalam perhimpunan kali ini. UKM telah membenarkan kakitangan dan mahasiswanya terlibat dalam perhimpunan tersebut tanpa… Continue reading Syabas UKM tidak ambil tindakan terhadap pelajar di perhimpunan Umno