Budak diherdik dengan panggilan ‘keling bodoh’

Beberapa minggu yang lalu, saya telah membawa anak-anak ke taman permainan berhampiran tempat tinggal kami. Taman permainan itu agak luas. Di satu sudut, terdapat alatan permainan kanak-kanak – gelungsur, buaian, jongkang-jongket dan sebagainya – manakala di satu sudut lain terdapat tanah lapang yang walaupun tidak begitu luas, cukup untuk kanak-kanak lelaki bermain bolasepak. Saya memang… Continue reading Budak diherdik dengan panggilan ‘keling bodoh’

Dr M dan Lee Kuan Yew ada persamaan mereka

    Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata antara tokoh zaman silam yang dikaguminya ialah pemerintah Rusia, Peter the Great, seorang Tsar yang memerintah Russia selama lebih 40 tahun, dari tahun 1672 hingga 1725. Kehebatan Peter the Great terletak pada kejayaannya memaju dan mengembangkan empayar Rusia setaraf dengan empayar-empayar lain di benua Eropah.… Continue reading Dr M dan Lee Kuan Yew ada persamaan mereka

Umno menentang Malayan Union memberi kerakyatan kepada kaum minoriti

  Pepatah Cina ada menyebut: ‘Yang menang jadi raja, yang kalah jadi penjahat’ (chengzhe wei wang, baizhe wei kou). Pepatah ini sering digunakan dalam konteks penulisan sejarah. Sejarah sering ditulis pihak yang menang dalam perang merebut kuasa. Maka, yang menang itu diagung-agungkan dan yang kalah dicerca semahunya. Lihat sahaja bagaimana Hang Tuah dan Hang Jebat… Continue reading Umno menentang Malayan Union memberi kerakyatan kepada kaum minoriti

Masalah kurang kajian dan pribumi pulang ke Bakun

  Sejak beberapa dekad yang lalu, kita ghairah menggalak pelajar-pelajar mengambil jurusan sains tulen. Hasrat kerajaan ialah untuk melahirkan jurutera-jurutera dan saintis-saintis tempatan untuk memacu pertumbuhan industri berat dan teknologi tinggi di dalam negara. Bilamana tumpuan lebih diberikan pada bidang kejuruteraan, sains komputer, fizik dan pelbagai bidang sains tulen yang lain, jurusan sains sosial kurang… Continue reading Masalah kurang kajian dan pribumi pulang ke Bakun

Jika PM guna wang negara selamatkan perniagaan anak

  Dalam salah satu episod siri drama televisyen popular 24, presiden Amerika Syarikat, Presiden Allison Taylor (seorang wanita) digambarkan berhadapan dengan dilema yang amat berat.  Anak perempuannya telah mengaku mengupah seseorang untuk membunuh seorang saksi yang telah diberi imuniti dan perlindungan oleh kerajaan. Ada sebabnya saksi ini dibunuh.  Saksi ini adalah seorang tahanan yang bertanggungjawab… Continue reading Jika PM guna wang negara selamatkan perniagaan anak

Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?

Pertandingan Piala Dunia Bolasepak 2010 di Afrika Selatan sudah hampir ke penghujungnya. Sudah hampir sebulan peminat bolasepak di Malaysia bersorak menyaksikan pertarungan antara negara-negara selain daripada negara tanahair mereka sendiri. Dalam keghairahan bersorak pasti ramai yang tertanya, ‘Bilalah agaknya pasukan kebangsaan Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia?’ Melihat pada prestasi pasukan kebangsaan sepanjang… Continue reading Mengapa Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia?

Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman AUKU

    Gara-gara turun padang meninjau perjalanan kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor April lepas, empat orang mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini berhadapan tindakan tatatertib. Mereka adalah ‘mangsa’ terbaru Akta Universti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menghalang mahasiswa dan ahli akademik daripada terlibat dalam sebarang kegiatan politik. AUKU yang diwarisi hari ini adalah salah… Continue reading Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman AUKU

Isu ‘Allah’: Salahkah orang Melayu beremosi?

  Akramsyah Sanusi di BUM 2010 “Salahkah orang Melayu beremosi???? Begitulah keluhan yang dilontar saudara Akramsyah Sanusi ketika berucap di pentas Bloggers Universe Malaysia (BUM 2010) hujung minggu yang lalu. Konteks keluhan ini adalah isu kalimah ‘Allah’ yang masih belum bertemu jalan penyelesaian. Saudara Akramsyah seterusnya menambah, sekiranya ramai di kalangan puak majoriti (orang Melayu… Continue reading Isu ‘Allah’: Salahkah orang Melayu beremosi?

Bila rumah, kereta dan harta melampaui pendapatan

Ketika berkhidmat di sebuah syarikat perunding peniagaan lebih sedekad yang lalu, saya diberi peluang terlibat dalam sebuah projek merangka misi dan visi sebuah organisasi utama di Malaysia. Maka tersemburlah semasa perbincangan segala frasa yang cantik dan hebat yang difikirkan dapat menjadi lambang kemegahan organisasi berkenaan. Misi dan visi itu biarlah cantik. Sama ada ianya berpijak… Continue reading Bila rumah, kereta dan harta melampaui pendapatan

Adakah serangan peribadi strategi bijak dalam pilihanraya?

  Sepanjang tempoh kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor minggu ini, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim diserang pelbagai tohmahan berkenaan cara hidup dan keperibadiannya. Moral dan akhlaknya dipersoalkan. Beliau dikatakan seorang kaki minum dan kaki judi yang tidak layak diangkat sebagai pemimpin orang-orang Melayu dan Islam. Serangan peribadi atau ‘pembunuhan karakter’ (character assasination) seperti… Continue reading Adakah serangan peribadi strategi bijak dalam pilihanraya?