Pak Sako: Hasutan propaganda dusta tentang DAP

Sept 13: Siapa kata DAP bukan untuk Melayu Muslim? Ahli Baru DAP Melayu berkata perjuangan DAP mirip perjuangan Islam

Seperti yang dilaporkan di akhbar Harakah, pandangan terhadap parti DAP semakin berubah. Orang Melayu tidak perlu gementar atau rasa tidak selesa menyertai DAP lagi kerana DAP bukan parti berdasarkan kaum, malah merupakan parti yang mengangkat semangat keMalaysiaan yang berlandaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai teras seperti anti-rasuah dan keadilan dan kesamarataan untuk seluruh penduduk Malaysia tidak kira bangsa atau agama (baca, misalnya, ulasan Tunku Abdul Aziz).

Dengan itu, perjuangan sosialisma tidak beza dan tidak bercanggah dengan prinsip yang didokong sebuah pentadbiran Islam. Ini diiktiraf oleh seorang ahli baru DAP, Saiful Alimin dan terbukti dengan pemilihan ketua cawangan DAP Kampung Lembah Kinrara yang berbangsa Melayu semalam.

Selanjutnya …
http://paksako.blogspot.com/2009/09/siapa-kata-dap-bukan-untuk-melayu.html

‘Pak Sako’ berupa nama pena seorang ahli ekonomis yang menulis blog dwi-bahasa berjudul ‘Suara Keramat Pak Sako’.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *