Malaysia cukup luas untuk semua yang mahu berusaha

Ucapan Presiden Obama setelah menang pilihanraya presiden Amerika Syarikat baru-baru ini memberi gambaran menarik tentang gaya pemikiran dan pandangan seorang pemimpin yang berjiwa besar. Mungkin sahaja segala yang diucapkan hanya retorik politik semata-mata tetapi sentimen yang diutarakan benar-benar mengusik jiwa mereka yang mendengar. Ingatan pertama kepada rakyat setelah mengucapkan terima kasih kerana mengundi beliau ialah… Continue reading Malaysia cukup luas untuk semua yang mahu berusaha

Published
Categorized as Azmi Anuar

Memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama

  Pandangan yang positif terhadap skim diskaun komuter untuk mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan perkhidmatan percuma GO-KL City adalah salah satu usaha menggalakkan penggunaan sistem perkhidmatan pengangkutan awam dan sewajarnya mendapat sokongan ramai. Para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang memang menyambut baik segala usaha yang berupaya membantu melicinkan perjalanan ke destinasi… Continue reading Memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pilihan pertama

Published
Categorized as Azmi Anuar

Graduan menganggur kerana kurang kemahiran dan terlampau memilih

Penganggur muda berkelulusan tinggi beban RM500 juta wang pembayar cukai, tajuk berita di The Malaysian Insider yang seharusnya membimbangkan kita semua. RM500 juta bukan jumlah yang kecil dan kenapa penganggur muda perlukan bantuan sebanyak itu? Rencana di portal berita itu memetik firma pengambilan pekerja atas talian terkenal di Asia Tenggara, Jobstreet yang menyatakan bahawa sikap… Continue reading Graduan menganggur kerana kurang kemahiran dan terlampau memilih

Published
Categorized as Azmi Anuar

Teruja dengan bajet rebat RM200 untuk telefon bimbit pintar?

Teks ucapan bajet 2013 bertajuk ‘Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’ memang sekali imbas begitu menarik dan menggembirakan semua. Apakan tidak, lihat sahaja segala pemberian dari kerajaan yang begitu prihatin terhadap rakyat, di antaranya: RM500 untuk isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 di bawah skim BR1M 2.0 RM250 untuk individu bujang, 21 tahun ke atas… Continue reading Teruja dengan bajet rebat RM200 untuk telefon bimbit pintar?

Published
Categorized as Azmi Anuar

Apa tujuan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka?

Apa nak jadi dengan anak muda zaman sekarang? Memijak bendera negara dan gambar pemimpin, mengibarkan bendera lain selain daripada Jalur Gemilang dan melondehkan seluar menunjukkan punggung ke arah gambar yang sudah dipijak-pijak ketika orang ramai meraikan sambutan Hari Merdeka baru-baru ini bukanlah perbuatan yang boleh dibanggakan walau apapun sebab dan alasan yang diberi. Penjelasan tentang… Continue reading Apa tujuan anak muda mengibarkan bendera Sang Saka?

Published
Categorized as Azmi Anuar

Membuka jalan kepada perkahwinan kanak-kanak dengan orang tua

Kes rogol yang melibatkan dua gadis berusia 12 dan 13 tahun menarik perhatian ramai di Malaysia ketika ini terutama sekali kerana pasangan lelaki yang didakwa tidak dikenakan hukuman penjara atau sebatan tetapi hakim mahkamah memberi kenyataan bahawa hakikatnya mereka telahpun disabitkan kesalahan dan sabitan berkenaan direkodkan. Sebaliknya mereka dikenakan perintah ikat jamin berkelakuan baik setelah… Continue reading Membuka jalan kepada perkahwinan kanak-kanak dengan orang tua

Published
Categorized as Azmi Anuar

Reputasi SJK (C) semakin mantap berbanding sekolah kebangsaan

Satu rencana tentang kekuatan dan kelemahan sekolah jenis kebangsaan Cina di Malaysia yang tersiar baru-baru ini, patut direnung bersama bukan sahaja oleh mereka yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat perubahan sistem pendidikan negara ke arah yang lebih baik dan yang boleh menjadi teras kepada pembentukan satu masyarakat majmuk bukan daripada… Continue reading Reputasi SJK (C) semakin mantap berbanding sekolah kebangsaan

Published
Categorized as Azmi Anuar

Beriya-iya Melayu Baru cuba bersadurkan Arab

Sebuah rencana tentang transformasi kebudayaan Arab di kalangan orang Melayu dan komen seorang rakan tentang banyak ucapan yang sebelumnya sering diutarakan dalam bahasa Melayu tetapi sekarang lebih banyak dalam bahasa Arab menjadi tajuk perbualan di antara rakan-rakan dan keluarga. Fenomena ini – unsur-unsur Arab dalam budaya Melayu jika bolehlah dikatakan demikian – mula kelihatan dengan… Continue reading Beriya-iya Melayu Baru cuba bersadurkan Arab

Published
Categorized as Azmi Anuar

Keadaan memaksa gelandangan tidur di kaki lima

Mengikut takrif Kamus Dewan, ‘gelandangan’ ialah orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap. Mereka menjadi fokus satu rencana di akhbar baru-baru ini dan merupakan fenomena yang sudah lazim bagi mereka yang berada di bandaraya Kuala Lumpur dan mungkin pusat-pusat bandar yang lain juga. Apa yang kita tahu ialah mereka bukan penjenayah. Menurut wawancara dengan… Continue reading Keadaan memaksa gelandangan tidur di kaki lima

Published
Categorized as Azmi Anuar

Pusat tuisyen menjadi rumah kedua

Berita tentang pelancaran program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) untuk memberi tuisyen secara percuma kepada 10,000 pelajar di negeri Selangor yang bakal menduduki peperiksaan umum pada tahun ini memang amat dialu-alukan. Program ini akan dilaksanakan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB). Pengerusi YGMB Alimuddin Mohd Dom berkata, projek perintis yang dilaksanakan di negeri Selangor akan memanfaatkan… Continue reading Pusat tuisyen menjadi rumah kedua

Published
Categorized as Azmi Anuar