Pandangan tentang masa hadapan Bahasa Malaysia oleh seorang penulis mengundang komen bahawa satu hari nanti Bahasa Malaysia akan berubah bentuk dengan lebih ketara dan terserap ke dalam Bahasa Indonesia. Mengikut komen itu lagi perubahan ini mungkin tidak dapat dielakkan kerana hakikatnya ada empat juta warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Mungkin benar juga hujah yang… Continue reading Kesan 4 juta warga Indonesia bekerja di sini ke atas penggunaan bahasa Malaysia
Category: Azmi Anuar
Rang Undang-Undang Umur Persaraan dan KWSP
Pengenalan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini mendapat reaksi yang menggalakkan dari ramai pihak. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyambut baik pengumuman bahawa umur persaraan minimum untuk mereka yang bekerja di sektor swasta akan dinaikkan ke 60 tahun selaras dengan peraturan baru yang telah ditetapkan untuk kakitangan awam. Sementara… Continue reading Rang Undang-Undang Umur Persaraan dan KWSP
Kes Irshad Manji: Terima sahajalah keputusan golongan bijak pandai agama
Jabatan Agama Islam Selangor semalam menahan pengarah sebuah syarikat penerbitan berhubung pencetakan buku kontroversi ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’. Jais telah menyerbu premis ZI Publication di Merchant Square, Petaling Jaya sekali dengan waran untuk menangkap Ezra Zaid. Beliau disiasat di bawah Seksyen 16 (1) (a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) atas tuduhan menerbitkan buku yang bertentangan… Continue reading Kes Irshad Manji: Terima sahajalah keputusan golongan bijak pandai agama
Tak cukup duit untuk berkahwin
Adakah kita perlu bimbang tentang berita bahawa bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Statistik ini berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Banci itu juga menunjukkan daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi… Continue reading Tak cukup duit untuk berkahwin
Skim pencen untuk hidup sebagai warga emas selesa
Rencana tentang Skim Persaraan Swasta (PRS) memang patut dibaca oleh lebih ramai rakyat Malaysia yang perlu bersedia untuk masa hadapan mereka. Sejumlah besar pekerja ada mempunyai simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tetapi dengan peningkatan kos sara hidup, jumlah yang terkumpul tidak mencukupi dan perlu ditambah sama ada dengan caruman yang lebih tinggi… Continue reading Skim pencen untuk hidup sebagai warga emas selesa
Makanan Iran ada di kampus, makanan vegetarian tak ada
Luahan hati seorang penuntut keturunan India beragama Hindu di Universiti Malaya tentang kesulitan mendapatkan makanan vegetarian di kampus tersebut mungkin tidak merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian berat oleh mereka yang tidak berkenaan. Namun apabila dia menyatakan kemusykilan tentang bagaimana makanan dari Iran lebih mudah didapati di kampus itu, kita yang prihatin mesti tertanya-tanya apakah… Continue reading Makanan Iran ada di kampus, makanan vegetarian tak ada
17 kematian bersabit kem Program Latihan Khidmat Negara
Seorang peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Terkok, Lintang mati akibat jangkitan kuman kencing tikus pada 12 Mac 2012. Keluarga R. Vinoth, pelatih yang meninggal dunia beberapa minggu lepas di kem di Sungai Siput itu, menggesa satu siasatan diadakan mengenainya. Laporan kematian oleh Jabatan Kesihatan Perak pada Mac 15 mengesahkan bahawa Vinoth… Continue reading 17 kematian bersabit kem Program Latihan Khidmat Negara
Penganut agama Islam hari ini
BismillahirRahmanirRahim. “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”, begitulah makna kalimah yang sudah sebati dengan setiap penganut agama Islam. Melihat keadaan sekelilling dan tindakan umat Islam hari ini, tertanya-tanya pula adakah kalimah ini yang diucap sebelum melakukan sesuatu, sudah benar-benar menjadi darah daging setiap Muslim. Perkataan Islam bermaksud ‘penyerahan’, atau penyerahan diri sepenuhnya… Continue reading Penganut agama Islam hari ini
Untuk melonjak keluar dari perangkap pendapatan sederhana
Kenyataan Profesor Richard H.K. Vietor dari Universiti Harvard baru-baru ini bahawa Malaysia mesti membuat keputusan sama ada mahu menjadi intang atau kekal seperti sekarang patut mendapat perhatian ramai. Dia menyatakan bahawa kegagalan membuat keputusan akan bermakna negara ini terus berada di dalam kumpulan yang berpendapatan sederhana untuk 10 ke 20 tahun akan datang dan mungkin… Continue reading Untuk melonjak keluar dari perangkap pendapatan sederhana
Mujurlah pihak berkuasa memantau Erykah Badu dan buku-buku
Sebuah buku ‘Where did I come from’ tulisan Peter Mayle diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia kerana kononnya mengandungi elemen memudaratkan moral masyarakat dan kepentingan awam. Sementara itu konsert penyanyi wanita Amerika Syarikat, Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal). Rakyat mesti berterima-kasih kepada… Continue reading Mujurlah pihak berkuasa memantau Erykah Badu dan buku-buku