Belanja BTN dua tahun dekat 150 juta

Apabila dibelek sekali lalu, belanjawan 2011 agak berhati-hati. Tidak ada pembaziran ketara yang dirancang kerajaan kecuali projek mega Warisan Merdeka sebanyak RM5 billion dan pengubahsuaian Seri Perdana (tempat penginapan rasmi keluarga Perdana Menteri) sebanyak RM65 juta. Tetapi, apabila dilihat beberapa elemen penting di dalam bajet, ada perkara mustahak yang difikirkan patut dimasukkan tetapi diabaikan manakala… Continue reading Belanja BTN dua tahun dekat 150 juta

Wawancara dengan peguam bela Vui Kong

  Bersempena dengan Hari Anti-Hukuman Mati Sedunia yang jatuh pada Okt 10 setiap tahun, Amnesty International telah menganjurkan satu majlis simbolik memperingati mangsa-mangsa yang telah dijatuhkan hukuman mati pada hari berkenaan. Acara simbolik ialah dengan mementaskan sebuah teater berinspirasikan kepada kisah benar yang berlaku kepada seorang remaja, Yong Vui Kong yang akan dijatuhkan hukuman mati… Continue reading Wawancara dengan peguam bela Vui Kong

Kedai Mamak: Tren Masyarakat Urban Melepak

  Tidak disangkal lagi apabila kita mengatakan bahawa minum teh tarik dan meratah roti canai di restoran mamak menjadi kecenderongan masyarakat bandar berkumpul serta bersosial. Atas kesibukan kerja sehingga lewat malam, penduduk di kawasan bandar jarang pulang ke rumah untuk makan dan mengharapkan kedai-kedai makan di luar bagi memenuhi selera mereka. Suatu kajian yang dijalankan… Continue reading Kedai Mamak: Tren Masyarakat Urban Melepak

PBB masih menunggu morotarium hukuman mati di M’sia

  Sebagai anggota majlis hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia melalui Menteri Luarnya, atau wakil dari Kementerian Luar, hadir dan mengambil bahagian untuk membuang undi dan berbahas menandakan sokong ataupun tidak atas resolusi yang dibincangkan. Pada Disember 18, 2007 lalu, majlis hak asasi itu telah mengusulkan resolusi 62/149 mengenai moratorium terhadap hukuman mati… Continue reading PBB masih menunggu morotarium hukuman mati di M’sia

Aidilfitri bukan pesta pelbagai agama seperti digambarkan iklan TV3

    Inilah akibatnya apabila terlalu taksub dan menurut perintah atas kepentingan tertentu. TV3 terpaksa menanggung kerugian atas iklan Hari Raya tahun ini yang jelas menyentuh sensitiviti agama dan budaya. Tahun ini, TV3 telah menayangkan sebuah iklan berdurasi 1:01 yang didakwa membawa unsur keagamaan Kristian, Hindu dan Buddha dalam perayaan Aidilfitri dengan memasukkan elemen seperti… Continue reading Aidilfitri bukan pesta pelbagai agama seperti digambarkan iklan TV3

Sebabnya orang Indonesia marahkan Malaysia

Perjanjian penubuhan Malaysia ditandatangani di London pada Julai 9, 1963 tetapi disiytihar secara rasmi pada September 16, 1963 oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan, kemudian bersama Singapura bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia. Penubuhan Malaysia menerima tentangan hebat daripada Indonesia di bawah Presiden Sukarno yang melancarkan konfrantasi dengan slogan… Continue reading Sebabnya orang Indonesia marahkan Malaysia

Ditimbulkan kontroversi Teo Nie Ching untuk mengalih perhatian umum

  Umum dikejutkan dengan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan yang mengarahkan agensi kerajaan Felda (yang ditubuh bapa Perdana Menteri sekarang) membayar para peneroka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit. Dengan penghakiman pada 26 Ogos itu, peneroka seramai 354 orang itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang. Keputusan tersebut juga mempunyai… Continue reading Ditimbulkan kontroversi Teo Nie Ching untuk mengalih perhatian umum

Apa pula kos sepuluh ringgit ini, Kementerian Pertahanan?

  Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) ialah dokumen yang setebal 449 mukasurat dibentangkan baru-baru ini yang merangkumi pembangunan semua sektor negara, termasuk keselamatan. Akan tetapi apa yang menghairankan, ianya tidak langsung menyentuh perbelanjaan bagi pembangunan dan keupayaan pertahanan. Berdasarkan maklumat am yang dikeluarkan, umum mengetahui bahawa sektor keselamatan diberikan 10% dari RM230 bilion peruntukan rancangan pembangunan… Continue reading Apa pula kos sepuluh ringgit ini, Kementerian Pertahanan?

Kes Helen Ang: Politik perkauman Perkasa-Umno amat berbahaya

  Di dalam keghairahan mendapat perhatian di dalam media dan sokongan masyarakat umum yang berada di atas pagar dan mereka yang benar-benar tidak mendapat maklumat sebenar, Perkasa telah menggunakan kaedah menjadikan seorang mangsa sebagai kambing hitam. Persoalannya siapakah yang benar-benar layak di kambing-hitamkan? Akhirnya, individu yang ‘bertuah’ tersebut ialah Helen Ang, seorang wanita berbangsa Tionghua… Continue reading Kes Helen Ang: Politik perkauman Perkasa-Umno amat berbahaya

Sebuah lagi akta beri kuasa penuh kepada menteri

  Selepas Akta Perdagangan Strategik 2010 diluluskan oleh parlimen pada awal tahun ini, muncul sebuah lagi rang undang-undang yang kali ini memberi kuasa mutlak kepada menteri dalam membuat keputusan. Akta ini membenarkan pembentukan sebuah Majlis Anti-Pemerdagangan Orang. Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan ini diberi kuasa untuk memberi arahan kepada Majlis tersebut. Terdapat beberapa frasa di dalam… Continue reading Sebuah lagi akta beri kuasa penuh kepada menteri