Merdeka Center telah menjalankan satu kajian dari Januari hingga April 2010 lalu untuk mengetahui nilai-nilai, pegangan hidup serta pandangan terhadap ekonomi dan politik negara. Tinjauan yang melibatkan 3,141 orang responden di semenanjung, Sabah dan Sarawak dibuat oleh pusat kajian tersebut telah mendapati bahawa sebahagian besar orang Malaysia bersikap konservatif dalam soal agama serta hubungan jantina.… Continue reading Lebih minat agama, kurang minat politik
Category: Faisal Mustaffa
Mungkinkah Najib menjadi saksi di mahkamah Peranchis?
Barangkali ramai orang sudah mempercayai keupayaan Perdana Menteri Najib Razak menerajui kepimpinan negara. Sebutan ‘Satu Malaysia’ sering kedengaran di sana sini terutama melalui corong-corong radio dan televisyen. Tidak cukup dengan itu, apa jua dasar baru yang diperkenalkan, masih juga menyematkan perkataan ‘1Malaysia’ seperti ‘Klinik 1Malaysia’ dan sebagainya. Tetapi, adakah kita pasti Najib sekarang tidur… Continue reading Mungkinkah Najib menjadi saksi di mahkamah Peranchis?
Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (2)
Sambungan wawancara penulis dengan Senator Yusof Husin, seorang bekas tahanan ISA yang terlibat dengan peristiwa Memali di Baling. Bahagian (1) rencana ini diterbitkan kelmarin. Latarbelakang Usaha untuk menangkap Ibrahim Libya dilakukan bermula dari Sept 2, 1985 sehingga beliau berjaya diberkas. Situasi di mana orang kampung sendiri memberhentikan OCPD Baling, Tunku Muzaffar dan dua orang… Continue reading Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (2)
Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (1)
Click on image to enlarge Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 masih tersemat di dalam fikiran kebanyakan orang terutama masyarakat Baling dan lebih-lebih lagi ahli keluarga 14 orang yang korban. Menurut Kementerian Dalam Negeri melalui jawapan Dewan Negara pada April 26, 2010, spekulasi yang mendakwa Musa Hitam (tatkala itu timbalan perdana… Continue reading Kejadian Kg Memali: ‘Tidak kami sangka polis sanggup membunuh’ (1)
Syed Husin pantang digelar ‘YB’
Sehingga kini pihak istana Johor tidak memberi sebarang alasan mengapa darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada mantan menteri kabinet Chua Jui Meng ditarik balik. Chua tidak muncul di dalam filem pornografi (sungguhpun aku merasakan penglibatan pornografi seseorang ialah hak peribadi individu), tidak didakwa atas jenayah rasuah, tidak melesapkan wang rakyat dan sebagainya yang boleh mengakibatkan arang… Continue reading Syed Husin pantang digelar ‘YB’
Pilihan raya kerajaan tempatan boleh dijalankan tanpa SPR
Nampaknya berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre baru-baru ini, majoriti responden mahukan pilihan raya kerajaan tempatan. Hasil kajian yang disiarkan pada Jun 16 itu menunjukkan 71 peratus daripada keseluruhan responden seramai 1,028 orang penghuni di semenanjung Malaysia menyokong supaya ianya diadakan. Mengulas hasil kajian tersebut, perdana menteri Najib Razak berkata “pilihan raya… Continue reading Pilihan raya kerajaan tempatan boleh dijalankan tanpa SPR
Bersih kembali ke jalan raya?
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah melalui satu momentum yang amat besar (sebut perhimpunan aman Bersih November 10) suatu ketika dulu. Pada waktu itu, selepas mesyuarat demi mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan, Bersih – yang dalam tahun 2007 mempunyai 71 pertubuhan sebagai anggota gabungan – mempersetujui bahawa kepincangan pilihan raya di Malaysia… Continue reading Bersih kembali ke jalan raya?
Laporan tahunan hak asasi: Jurang keadilan melebar
Tidak hairan apabila membaca laporan tahunan badan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International di dalam ‘The State of the World’s Human Rights’ yang diterbitkan pada Mei 27, 2010 lalu. Laporan tersebut telah mendokumenkan keadaan hak asasi manusia di 159 negara pada 2009, bahawa tidak terdapat pembaharuan yang signifikan terhadap perlindungan kepada hak asasi manusia di… Continue reading Laporan tahunan hak asasi: Jurang keadilan melebar
Bandar Baru Karbon Sifar – Kenapa perlu tunggu dana?
Selepas meneliti keluhan yang dirangka di dalam memorandum Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia (Standard Users) pada Februari 3, 2010, ianya agak menarik untuk membincangkan mengenai pendirian kerajaan Melaysia. Pendirian ini telah dinyatakan melalui Perdana Menteri kita apabila beliau membentangkan matlamat untuk mencapai ‘Bandar Baru Karbon Sifar’. Selepas Najib Razak pulang dari Copenhagen pada bulan Disember… Continue reading Bandar Baru Karbon Sifar – Kenapa perlu tunggu dana?
Lagi guna duit rakyat untuk skim baru?
Pada tahun 2007, Bank Negara telah memperkenalkan suatu skim insurans kereta bagi menggantikan perlindungan pihak ketiga iaitu ‘No-fault liablity scheme’ (NFL). Setelah mendapat maklumbalas daripada pihak-pihak yang berkepentingan seperti Majlis Peguam Malaysia, persatuan-persatuan pengguna, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat-syarikat insurans, skim tersebut tidak diteruskan. Semasa pembentangan Belanjawan Negara 2010, Perdana Menteri Najib… Continue reading Lagi guna duit rakyat untuk skim baru?