Akta Perdagangan Strategik membolehkan tangkap tanpa waran

  Malaysia terkenal dengan akta-akta drakonian (sebut: zalim). Ada akta-akta kuno sejak zaman penjajahan masih digunakan sehingga sekarang bagi mempertahankan kuasa atau bertindak sebagai perlindungan daripada kuasa dicabar. Antara lain, kita ada Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (1984), Akta Multimedia dan Komunikasi (1998), Akta Hasutan (1949), Akta Fitnah (1948), Akta Universiti dan Kolej Universiti (1971),… Continue reading Akta Perdagangan Strategik membolehkan tangkap tanpa waran

Reben kuning patut dikembalikan

  Rakyat perlu tahu bahawa mereka berhak memperolehi akses media yang sama rata. Ini terutama sekali ketika membuat pilihan semasa sesebuah pilihan raya. Bukan dengan disogok dengan satu pihak sahaja dan pada masa yang sama, pihak yang itu menyekat pihak yang lagi satu dalam menerangkan manifesto mereka.  Baru-baru ini, pihak pengurusan ntv7 didakwa telah mengarahkan… Continue reading Reben kuning patut dikembalikan

600,000 MyKad di bawah ‘Projek M’ di Sabah

Baru-baru ini ketika berada di Pulau Pinang dalam rangkakerja biasa, saya menerima satu panggilan dari seorang rakan dari Sabah, Daniel John Jambun. Daniel berada di dalam kumpulan reformasi di Sabah yang banyak membantu saya ketika berada di Sabah atas urusan bengkel atau apa sahaja program yang melibatkan perkembangan minda. Beliau bersama teman-temannya Dr Nicholas Bawin,… Continue reading 600,000 MyKad di bawah ‘Projek M’ di Sabah

Permasalahan para pekerja asing

  Malaysia mempunyai sekitar 2.2 juta pekerja asing yang sah, hampir 20 peratus dari tenaga kerja negara. Dianggarkan jumlah yang sama untuk pekerja yang tidak berdaftar. Kebanyakan pendekatan Malaysia terhadap penghijrahan adalah untuk menjenayahkannya, walaupun negara ini tidak mampu berfungsi tanpa buruh asing. Penahanan besar-besaran di pasar dan jalanan bandar, dan serbuan rambang tanpa waran… Continue reading Permasalahan para pekerja asing

Jom berkempen pilihan raya ala ‘Akademi Fantasia’

Kini deman Akademi Fantasia kembali. Selepas lapan tahun Akademi Fantasia bertapak, rancangan realiti TV itu masih mendapat sambutan daripada penonton televisyen terutama sekali dari kalangan remaja dan luar bandar. Sekiranya dilihat aura musim yang lalu, penonton dan penggemar Akademi Fantasia secara majoriti memilih Mohd Hafiz Mohd Suip. Demam kempen kemenangan Hafiz amat berbeza permainannya dengan… Continue reading Jom berkempen pilihan raya ala ‘Akademi Fantasia’

Paparan feminisme dalam seni

Bersempena Hari Wanita Sedunia kelmarin, kesaksamaan gender menjadi jeritan pejuang-pejuang hak asasi manusia yang mahukan hak kaum hawa diberi ruang yang lebih dalam apa jua bidang yang menyumbang dalam pembangunan negara. Feminisme sudah tentu mempunyai pendekatan tersendiri dalam merangka rencana, menangani masalah mahupun menggubal undang-undang. Feminisme merupakan produk sampingan pasca-modernisme. Pasca-modernisme itu sendiri telah mendualiti… Continue reading Paparan feminisme dalam seni

Wadah baru politik Islam membebaskan fikiran

Di Malaysia, perkataan ‘liberal’ sering dianggap sebagai satu fahaman menyimpang dari ajaran Islam – sehingga anggapan liberalisme itu seolah-olah sesat dari ajaran Islam. Liberal dianggap kehidupan hedonis yakni liar, suka berhibur, meminum arak serta mengamal budaya Barat yang dipandang sebagai kurang berakhlak. Pemikir dan pembawa idealisme itu pula dicemuh sebagai pembawa budaya pemikiran bebas dan… Continue reading Wadah baru politik Islam membebaskan fikiran

Blogger menghina Sultan Johor: Apa sebenarnya berlaku?

Media perdana di bawah kongkongan dan telunjuk parti politik selalunya mempunyai agenda tersendiri dalam menjalankan propaganda. Ada ketikanya, media-media ini digunakan untuk memutar-belit keadaan agar para pembaca mendapat gambaran yang berbeza. Baru-baru ini seorang penulis blog yang dikenali sebagai Aduka Taruna melalui blognya adukataruna.blogspot.com telah didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas pihak istana mengumumkan… Continue reading Blogger menghina Sultan Johor: Apa sebenarnya berlaku?

Tanda-tanda akhir zaman di dunia

Selepas mementaskan dua teater kompilasi yang menggabungkan beberapa pengarah dalam satu pentas, Rumah Anak Teater (RAT) akan mementaskan sekali lagi karya mereka dengan cara persembahan yang berbeza kali ini. Karya Tanda yang menggabungkan enam pengarah – Aishah Hoo, Amar Asyraf, Khairunadzwan Rodzy, Fared Ayam dan Yusman Mokhtar diolah secara kreatifnya oleh Nam Ron – dijadikan… Continue reading Tanda-tanda akhir zaman di dunia

Kalau dieja ‘Alaha’, bagaimana?

Text asal Injil iaitu dalam bahasa Aramaic – sebelum terjemahannya kepada bahasa Greek, Latin dan kemudian Inggeris antara lainnya – merujuk kepada tuhan sebagai ‘Alaha’ yang berbeza dari segi ejaan tapi mempunyai sebutan yang hampir serupa dengan ‘Allah’. Melihat akan kontroversi serta isu-isu yang berbangkit, kita nampak isu pokok pengunaan perkataan ‘Allah’ oleh majalah Herald… Continue reading Kalau dieja ‘Alaha’, bagaimana?